Tuesday, 17 March 2015

1 - Perjumpaan Ahli Kumpulan Bersama Pensyarah

Assalamualaikum w.b.t .

Hari ini  17 Mac 2015 bersamaan hari selasa , satu perjumpaan ahli kumpulan bersama pensyarah kursus TITAS iaitu Puan Fatin Hazwani telah diadakan. Setiap kumpulan perlu membuat perjumpaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan bagi membentangkan proposal projek TITAS.  Tanpa membuang masa, pensyarah bertanya kepada setiap kumpulan ketika perjumpaan tentang proposal dan kaitan projek yang dilakukan dengan tamadun.

Kumpulan saya terdiri daripada enam orang pelajar. Kami memilih Tamadun India sebagai tamadun pilihan kami. Oleh itu kami telah memilih untuk membuat karpet yang dikaitkan daripada tamadun India. Kami mencadangkan karpet tersebut untuk diterapkan unsur lukisan atau corak yang menunjukkan ianya daripada tamadun India. Selain itu, pensyarah juga mencadangkan untuk melihat perkembangan projek dalam blog. Setelah pensyarah menerima semua info dari setiap kumpulan, pensyarah  meneruskan dengan memberi tugas atau maklumat seterusnya yang harus dilakukan. Antaranya ialah :

1) Membuat plan kerja :

  • dalam bentuk jadual
  • lengkapkan lagi proposal projek
  • perancangan
  • kaitan lebih mendalam tentang projek yang dilakukan dengan pilihan tamadun.
  • bahan projek daripada bahan buangan

2) pastikan 80% siap pada minggu ke-8
3) Poster - hasil kerja akhir
4) Hari akhir pensyarah menilai - sebelum minggu peperiksaan
5) Ceritakan kegunaan produk yang dibuat pada masa kini dan sasaran terhadap produk,

Itu sahaja tugas atau maklumat yang pensyarah kongsi atau terangkan.
Setakat itu sahaja nukilan saya pada kali ini .

Sekian, terima kasih dan semoga berjumpa lagi di nukilan seterusnya . Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t , dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri.

Wallah'uallam .