Pada hari ini kami telah membuat kata sepakat untuk menukar produk projek kami.
Ini kerana, setelah kami kaji dengan lebih teliti. Karpet bukanlah berasal daripada tamadun India tetapi daripada Barat Daya. Kami mengambil risiko untuk menukar keseluruhan projek produk kami dengan menukar kembali proposal.
Namun, kerja kami menjadi lebih mudah kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami, iaitu Asma Amira mempunyai ibu yang memberi idea tentang Taj Mahal. Taj Mahal merupakah salah satu keajaiban dunia. Seni bina yang cantik membuatkan kami tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Taj Mahal.
Pensyarah mencadangkan membuat tabung daripada inspirasi Taj Mahal. Kami mencadangkan semula untuk membuat tempat letak surat atau tempat letak pensil daripada produk Taj Mahal yang akan kami bangunkan. Kata putus daripada pensyarah amat menggembirakan kami apabila proposal kami diterima.
yeah..yeah..
No comments:
Post a Comment