Hari ini kami meceritakan pengalaman kami sepanjang aktiviti pengumpulan bahan-bahan produk kami. Iaitu ranting kayu. Kami mendapatkan idea untuk menggunakan ranting ketika kami dalam perjalanan pulang dari kuliah, ternampak rating-ranting kecil.
Kami ambil dan berkumpul bersama ahli kumpulan untuk mengukur, menyusun, menggosok agar ranting tersebut licin dan sesuai untuk produk kami.
Ini adalah bahan yang kami gunakan untuk ranting kayu. Potongan perlu agak sama bagi memudahkan kami menampal pada produk yang akan dibangunkan. Cabaran kami adalah tidak kesemua ranting memiliki saiz yang sama, kebanyakannya tidak rata. Pemilihan kayu perlu dilakukan terlebih dahulu.
Gambar diatas adalah hasil setelah potong. Potongan ranting perlu hati-hati dilakukan. kami menggunakan kapak sebagai pemotong ranting. Kemahiran perlu ada untuk menggunakan kapak. Ini kerana ketika memotong, ranting boleh tercampak.
Proses melicinkan kayu. Cabaran kami semasa melicinkan ranting kayu adalah penggunaan kertas pasir. Jikan tidak mahir dalam menggosok ranting menggunakan kertas pasir, jari boleh luka.
Alhamdulillah kumpulan kami dapat menyelesaikan masalah ini bersama.
Kertas pasir yang digunakan adalah kertas pasir yang tebal dan kasar.
No comments:
Post a Comment