Saturday, 23 May 2015

Refleksi Ahli Kumpulan : Marni Fariza Binti Mohd Fauzi

MARNI FARIZA BINTI MOHD FAUZI A149987

             Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek Tamadun India  untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia ZZZT 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya kerana memberikan galakan dan sokongan tidak kira dari segi kewangan, masa dan tumpuan sepenuhnya kepada saya. Turut terlibat dalam menjayakan projek ini adalah pensyarah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran dan juga rakan – rakan yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan tugasan yang diberi.

              Untuk kursus ini, kami para pelajar diminta untuk menghasilkan satu produk beraspirasikan tamadun yang dipilih . Kumpulan saya, AffimiSix telah menghasilkan produk Taj Mahal Serbaguna iaitu hiasan meja, tempat menyimpan alat tulis dan juga sebagai tabung menyimpan duit. Idea untuk menghasilkan produk ini tercetus apabila kami memilih Tamadun India sebagai inspirasi produk kami. Tamadun India yang terkenal dengan kisah cinta Syah Jahan dan juga Mumtaz telah memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan suatu produk yang baru daripadanya. Taj Mahal yang terkenal dengan senibina yang unik dan juga menjadi mercu tanda cinta Syah Jahan dan Mumtaz telah kami ambil dan hasilkan Taj Mahal serbaguna yang menggunakan bahan terpakai. Kumpulan saya menggunakan teknik brain storming dimana setiap ahli kumpulan diminta untuk menyumbangkan idea untuk menghasilkan produk. Setelah itu, kumpulan saya menggunakan kaedah consensess iaitu mengambil keputusan secara majoriti. Selain itu, saya turut mencadangkan kepada kumpulan agar menggunakan kaedah undian (voting) untuk membuat keputusan.

              Pada mulanya, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan barangan terpakai untuk menghasilkan produk baru, tetapi hasil daripada perbincangan dengan kumpulan masalah ini dapat diatasi dengan baik. Kekangan atau halangan yang sering menghimpit kami adalah kekangan masa tetapi hal ini dapat diatasi dengan cara mengadakan perjumpaan pada setiap minggu dan berbincang mengenai perkembangan projek. Sepanjang menyiapkan produk, terdapat beberapa masalah yang berlaku antaranya kekurangan bahan kitar semula dan kami perlu berbincang dengan semua ahli kumpulan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimanapun, hasil perbincangan dan juga kerjasama daripada setiap ahli kumpulan, produk Taj Mahal Serbaguna dapat disiapkan mengikut tempoh yang diberi.

             Kami menggunakan barangan terpakai seperti ranting kayu, kotak tisu, botol air mineral terpakai, straw minuman, benang kait dan lain-lain. Ranting kayu kami jadikan sebagai senibina Taj Mahal serbaguna. Ianya unik kerana menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan produk. Secara amnya, produk yang dihasilkan adalah berunsurkan alam semulajadi dan tidak memerlukan modal yang banyak. Mempelajari tentang sesuatu tamadun adalah penting kerana dengan nya, manusia dapat mempelajari mahupun memperbaharui sesuatu tamadun itu. Hal ini keranasetiap tamadun ada kebaikan dan juga keburukannya. Kebaikannya ialah dapat mempelajari tentang senibina dan keunikan sesebuah tamadun. Keburukannya pula ialah kemusnahan sesebuah tamadun akibat daripada campur tangan daripada kuasa luar.


              Kesimpulannya, saya berharap agar projek seumpama ini perlu diteruskan agar para pelajar dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sesebuah tamadun. Selain itu, pada pendapat saya, produk yang dihasilkan juga boleh dipasarkan kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Produk – produk yang dihasilkan juga turut boleh dihasilkan sendiri oleh suri rumah tangga menggunakan barangan yang sering dibuang begitu sahaja. Selain itu, ia juga dapat menjana ekonomi apabila produk berjaya dipasarkan. Saya amat berharap agar projek seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment