Tamadun atau peradapan merupakan suatu disiplin ilmu
yang penting kepada semua pihak kerana semua aktiviti kehidupan manusia adalah
suatu proses membina dan memperkasakan tamadun. Perkataan tamadun digunakan
untuk menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah
masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.
Antara salah satu tamadun dunia ialah Tamadun
India. Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini sudah
berusia lebih daripada 5000 tahun. Terdapat banyak tinggalan tamadun ini berada
di sekitar sungai Indus dan dua tempat yang paling popular di situ adalah
Harappa dan Mohenjodaro.
Hasil daripada penemuan tersebut, ahli sejarah
bersependapat bahawa tamadun India bermula di sekitar tahun 2500-1800 SM dan
dikenali dengan kebudayaan Harappa. Terdapat banyak sumbangan dan pencapaian
tamadun India dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah bidang kesenian. Dalam
aspek kesenian dapat dilihat sekurang-kurangnya menerusi empat cabang
seni iaitu seni halus, seni bina, seni ukir dan seni lukis.
Didalam subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS),
kami diberi tugasan untuk menghasilkan satu produk yang bertemakan ketamadunan.
Bagi penghasilan produk ini, kumpulan kami telah memilih tamadun India sebagai
aspirasi kami kerana pencapaiannya yang gemilang dalam seni bina sekitar 2600
SM.
India telah banyak melahirkan seni bina dan kebudayaan
yang agung ketika zaman dinasti Maurya. Seni binanya melambangkan ketinggian
kemahiran dan kehalusan pertukangan batu, di samping menggambarkan interaksi
antara Tamadun India dan tamadun lain. Seni bina di India merupakan campuran
seni bina India (Hindu) dan seni bina Parsi (Islam).
Seni bina India banyak dipengaruhi ciri seni bina Arab
dan Parsi. Salah satu binaan teragung yang mempunyai ukiran seni bina Islam
ialah Taj Mahal yang terletak di Agra. Taj Mahal adalah bukti kecemerlangan
seni bina Islam yang diiktiraf dunia hingga ke hari ini.
Sehubungan dengan itu, kumpulan kami sebulat suara
telah memilih untuk membina satu replika Taj Mahal untuk dijadikan hiasan meja.
Replika ini bukan sahaja boleh dijadikan hiasan meja tetapi juga boleh
dijadikan tabung untuk kanak-kanak dan juga tempat untuk meletakkan alatan
tulis.
Kami memilih Taj Mahal kerana seni binanya yang agung.
Seperti yang kita tahu, Taj Mahal merupakan lambang percintaan Raja Mughal Shah
Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal yang dibina pada tahun 1632. Selain itu,
Taj Mahal juga mempunyai ukiran seni bina Islam. Dimana ia menjadi bukti
kecemerlangan seni bina Islam yang diiktiraf dunia.
No comments:
Post a Comment