Saturday, 23 May 2015

Refleksi Ahli Kumpulan : Nurhafizah binti Husaini

NURHAFIZAH BINTI HUSAINI     A 148531


Bismillairohmanirahim.

           Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh saya dan rakan saya seramai enam orang ahli kumpulan kesemuanya iaitu saya Nurhafizah binti Husaini ,Nur Amirah binti Md Rowai, Asma Amira binti Ahmad, Nurasyikin binti Shahril, Marni Fariza binti Mohd Fauzi dan Nur Fazilah binti Abd Halim. Kami amat bebesar hati kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Tajuk tugasan saya ialah Taj Mahal serbaguna. Kami memberi nama Taj Mahal serbaguna kerana kami ingin menerapkan nilai murni dalam diri manyarakat. Iaitu fungsi produk kami ialah menabung dan meletakkan alat tulis.

          Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Pn Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran kerana memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini. 
Tugasan menghasilkan produk berinspirasikan tamadun ini diberikan kepada kami pada April yang lalu di mana pensyarah memberi tugasan memilih produk yang menonjolkan tentang tamadun yang dipilih. Setelah berbincang dengan dengan ahli kumpulan, Kami memilih taj mahal sebagai inspirasi tamadun india. Kami memilih tajuk Taj Mahal serbaguna sebagai nama produk kami.

         Setinggi-tinggi kesyukuran kerana kami dipertemukan dengan penyarah yang berinovatif bagi kursus TITAS adalah Pn Hazwani @ Hasidah binti Siran. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang kursus ini. Beliau dapat memberikan penerangan dengan terperinci dan mudah fahami tentang sejarah tamadun. Selain itu, beliau juga sentiasa mengaitkan budaya terkini dan juga sentiasa memberikan contoh yang mudah difahami oleh pelajar tentang tamadun. Bukan itu sahaja, malahan sikap beliau yang mesra dengan pelajar dan juga memberi pelbagai idea membuatkan saya tertarik dengan pembelajaran yang diberi oleh beliau. 


            Pada pendapat saya, produk ini sememangnya mencabar tetapi kami bersyukur kerana banyak maklumat yang dapat kami peroleh mengenai produk ini.  Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai reka bentuk Taj Mahal.  Kami perlu mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam produk kami. Tambahan pula kami tidak mempunyai asas dalam penghasilan produk ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga,saya telah mengesan kekuatan dan kelemahan diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah kerjasama saya dengan rakan setugas kali ini sangat berkesan dimana kami saling memahami komitmen masing-masing dari segi mencari masa untuk bekerja sama-sama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen dan tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa kerana kami menginap di kolej yang sama.

            Akhir kata daripada saya, saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan kerana disamping memenuhi pemarkahan kerja kursus saya, saya juga mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada tajuk yang saya dan rakan saya jalankan pada kali ini. Ternyata ia amat berbaloi pada saya walaupun penat lelah menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita kerana untuk berjaya didunia dan diakhirat.

Sekian, terima kasih


1 comment:

  1. tahniah kerana anda mendapat ilmu yang bermanfaat dalam kursus ini...:))

    ReplyDelete