Berdasarkan warkah yang telah ditulis, produk yang kami gunakan ini adalah berdasarkan bahan buangan. Kami mencuba untuk mendapatkan modal yang tidak tinggi.
LATAR BELAKANG PRODUK
Produk yang dihasilkan ialah Taj Mahal serbaguna. Penghasilan produk ini dengan menggunakan barang terpakai iaitu kotak tisu dan ranting kayu sebagai hiasan luaran dan juga menggunakan botol sebagai tiang dan kubah. Selepas melakukan beberapa pemerhatian produk yang dihasilkan adalah inspirasi daripada seni bina Taj Mahal dan tabung serbaguna sebagai kegunaan masyarakat Malaysia.
OBJEKTIF
Antara objektif kami membuat produk ini ialah:
- Mengenal pasti kreativiti dan ketamadunan dalam projek yang dihasilkan.
- Menonjolkan kreativiti ahli kumpulan dalam menghasilkan produk dengan menggunakan barang terpakai.
- Menghasilkan produk yang mengekalkan penggunaan seni bina pada tamadun India iaitu Taj Mahal.
No comments:
Post a Comment