Saturday, 23 May 2015

Refleksi Ahli Kumpulan: Norfazilah Binti Abd Halim

Norfazilah Binti Abd Halim       A 147789


Assalamualaikum w.b.t. Setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek Taj Mahal  untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia ZZZT 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya dan pensyarah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Pada pendapat saya, produk tabung serbaguna Taj Mahal ini merupakan suatu produk baru yang mempunyai potensi pemasaran yang baik jika dipasarkan. Ini kerana, selain dapat belajar tentang senibina Taj Mahal yang terkenal tentang kisah cinta Mumtaz dan Syah Jahan, sikap suka menabung juga turut dapat diaplikasikan.

Untuk kursus ini, kami para pelajar diminta untuk menghasilkan produk baru beraspirasikan tamadun yang dipilih . Saya menganggotai kumpulan AffimiSix dan kumpulan saya telah menghasilkan produk Taj Mahal Serbaguna iaitu hiasan meja, tempat menyimpan alat tulis dan juga sebagai tabung menyimpan duit. Pada pandangan saya, pembelajaran subjek Tamadun Islam Tamadun Asia ini perlu kerana dengan mempelajarinya, pelajar dapat mendalami ilmu tentang sesuatu tamadun secara interaktif. Hal ini kerana, selain melalui pembacaan, pelajar turut mengaplikasikan ilmu sesebuah tamadun itu melalui penghasilan produk. Ini merupakan salah satu teknik pembelajaran yang baik kerana pelajar dapat membayangkan dan juga merasai sendiri kewujudan tamadun tersebut.

Pensyarah bagi subjek ini adalah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Beliau merupakan pensyarah yang berpengetahuan luas tentang subjek ini. Hal ini kerana, setiap penerangan tentang sesuatu topik yang dibincangkan diterangkan secara terperinci beserta contoh yang mudah dipahami oleh setiap pelajar. Sikap mesra pelajar juga merupakan salah satu contoh yang baik yang ada pada Pn Fatin. Beliau turut membantu menyumbang buah fikiran kepada pelajar yang mempunyai masalah dalam penghasilan produk.

Selain itu, keterlibatan rakan-rakan turut tidak dilupakan. Hal ini kerana, tanpa kerjasama dari rakan-rakan sekumpulan, produk tabung serbaguna ini tidak mungkin dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Kami semua mengembleng tenaga bagi menyiapkan produk ini. Perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan bahan-bahan, strategi pembuatan mahupun kaedah serta perlaksanaan pembuatan produk turut dibincangkan. Kerjasama dalam setiap kumpulan itu penting bagi memastikan produk yang dihasilkan itu berkualiti dan juga dapat dihasilkan dengan sempurna.


No comments:

Post a Comment