Friday, 1 May 2015

Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa dan Kesusasteraan

  • terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat, hanya 14 bahasa utama diperakui menurut perlembagaan.
  • > 87% rakyat India guna 14 bahasa utama :
  • Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi (8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Kannada (4%), Malayalam (4%), Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Kashmiri (1%) dan lain-lain (13%).
  • bahasa dibahagi kepada 2 rumpun :
  • Bahasa Indo-Arya, bentuk asli - bahasa Sanskrit. Akibat bercampur dengan loghat penduduk tempatan, bahasa Sanskrit mengalami perubahan sehingga wujud loghat baru : Prakrit, Pali dan Magadhi. Bahasa dalam kumpulan ini – Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi.
  • Bahasa Dravida – tergolong dalam bahasa ini – Tamil, Malayalam, Kannada, Telegu dan juga Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Kaudh atau Kui (Orissa).
  • Selain itu, terdapat kumpulan bahasa lain - bahasa Munda : digunakan di kawasan pergunungan di Bengal dan Bihar dll.

Kesusasteraan Indo-Arya

  •  kesusasteraan tertua di India.
  • Dicipta, dihasilkan dlm bahasa Sanskrit - paling menonjol pd zaman klasik
Kesusasteraan Vedik
  • Kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit. Mengandungi dua bahagian:
  • Shruti – ajaran yg diturunkan oleh Tuhan kpd para maharesi mengikut zaman
  • Smriti – ulasan / tafsiran yg diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.
  • 4 kitab suci Veda – Rig, Yayur, Sama, Atharva. Rig veda merupakan kitab tertua.
Kesusasteraan Epik
  • teks dharma bersifat arahan langsung dan tidak semua masyarakat memahami, diwujudkan dlm bentuk cerita bg menyampaikan ajaran dharma.
  • Antara kesusasteraan epik :
  • Epik Ramayana karya Valmiki – mengandungi unsur moral baik dan menolak kejahatan
  • Epik Mahabharata karya Vyasa – himpunan puisi yg mendidik manusia berpegangn pd janji menjauhi sifat negatif
  • Bhagavadgita – sebahagian epik Mahabharata mengandungi ajaran agama dlm bentuk falsafah. Antaranya:
  • Laksana tanggungjawab tanpa harapkan balasan
  • Berserah kepada tuhan
  • Mendisiplinkan rohani dan jasmani
  • Kawal nafsu, dengki, marah dsb.

Kesusasteraan Dravida

  • Kesusasteraan Tamil diberi tumpuan penting.
  • Kesasteraan Sangam – terdiri dari 2 koleksi:
  • Ettutokai – antologi 8 buah teks bertemakan akam (batin) dan puram (zahir)
  • Pattupattu - koleksi nyayian
  • Tirukkural – dikarang oleh = Tiruvalluvar – sastera klasik dan tertua dlm sastera Tamil tentang nilai kemanusiaan dan alam. Menjadi kitab pegangan hidup masyarakat Tamil.




No comments:

Post a Comment