ASMA AMIRA BINTI AHMAD
A150079
Setiap tarnadun yang
pemah wujud mempunyai keistimewaan dan
ciri-ciri tersendiri dalam memastikan
kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan
sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima
sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain.
Sesungguhnya wujud saling
hubungan atau interaksi antara tamadun sama
ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran,
institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang
sejarah. Ini menerangkan bahawa suatu tamadun itu memerlukan tamadun lain
untuk mempertingkatkan kemajuan sesuatu tamadun itu.
Sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran, pensyarah banyak
memberi menggunakan fakta – fakta yang mudah untuk
kami pahami. Selain itu, pensyarah juga memberikan contoh-
contoh yang berkaitan dengan isu semasa. Tambahan
lagi, rakan-rakan sekelas sering membantu kami dalam memahami
topic-topik berkaitan.
Didalam kursus ini, kami diminta
untuk menghasilkan satu produk yang bertemakan ketamadunan.Produk yang
dihasilkan mestilah terdiri daripada bahan-bahan terpakai. Kami memilih untuk
membina satu replika Taj Mahal.Replika ini dihasilkan daripada baranng-barang
terpakai seperti kotak tisu, ranting dan straw minuman.
Tambahan pula, replika ini mempunyai
pelbagai fungsi antaranya hiasan meja, tabung untuk menyimpan duit dan juga
tempat untuk menyimpan alat tulis. Kumpulan sasaran kami adalah suri rumah dan
pekerja.
Secara keseluruhannya, melalui
proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak
faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih memahami apa itu ketamadunan dan
kesannya kepada kemajuaan sesuatu masyarakat.
No comments:
Post a Comment