Saturday, 9 May 2015

Kenapa Tamadun India??

Assalamualaikum . w.b.t

Disini, kami ingin menceritakan serba sedikit tentang Tamadun India. Disamping itu, kami memasukkan maklumat pencarian kami ini didalam report projek Produk Taj Mahal kami.

Tamadun India merupakan tamadun yang tertua didunia dan mampu bertahan hingga hari ini. Berdasarkan bukti arkeologi Tamadun India mula bertempat Lembah Sungai Indus pada sekitar tahun 3000 S.M. Tamadun ini bersifat dinamik dengan penerimaan dan penyerapan idea-idea baru dari luar yang mempunyai kelebihan. Oleh kerana sifatnya yang dinamik tamadun ini mampu bertahan dalam jangka masa yang penjang dan mewujudkan pelbagai sumbangan daripada pelbagai bidang. Disampaing itu, pengisian tamadun India memiliki kesinambungan yang jelas yang bermaksud segala yang diamalkan semasa zaman kegemilangan tamadun India seperti seni bina, nilai keagamaan dan sistem pentadbiram masih kekal dan diterima pakai oleh masyarakat hari ini.

Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam). Raja-raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang sangat hebat seperti Taj Mahal. Zaman Kesultanan Delhi Bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.) b) Zaman Moghul Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim. Dalam bidang seni bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall Mughal seperti yang digambarkan dalam Masjid di Fatehpur Sikri. Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya


Berinspirasikan dari Tamadun India, kumpulan kami mencadangkan untuk menghasilkan produk hiasan meja bagi subjek ini. 




1 comment:

  1. Hard Rock Hotel & Casino New Orleans - Mapyro
    The Hard Rock 서귀포 출장마사지 Hotel & Casino New Orleans is 용인 출장샵 a luxury hotel and casino located in the center of the 삼척 출장샵 Louisiana Address: 벳 인포 3400 West Main St, New Orleans, LA 경상북도 출장마사지 70130Phone: 1-800-522-4700

    ReplyDelete