Monday, 25 May 2015

muka depan


REPORT PRODUK
‘AFFIMISIX’

KOD & NAMA KURSUS

NAMA PENSYARAH

NAMA PROJEK
TAJ MAHAL SERBAGUNA
DISEDIAKAN OLEH :

NO
NAMA
NO MATRIKS
1
NORFAZILAH BINTI ABD HALIM
A147789
2
ASMA AMIRA BINTI AHMAD
A150079
3
MARNI FARIZA BINT MOHD FAUZI
A149987
4
NUR’AMIRAH BINTI MD ROWAI
A150052
5
NURASYIKIN BINTI SHAHRIL
A149679
6
NURHAFIZAH BINTI HUSAINI
A148531

Saturday, 23 May 2015

Hari yang ditunggu

Assalamualaikum w.b.t

Debaran makin terasa. Hari ini adalah hari pembentangan produk bagi kami sekelas. Terdapat sebayak 9 kumpulan yang akan membentangkan produk. Salah satu kumpulan adalah kumpulan kami iaitu kumpulan AffimiSix. Kami adalah kumpulan keenam.

eh..eh.. sama dengan jumlah ahli kumpulan kami. hehe.

Kami menerima teguran tentang produk kami iaitu, perlu catkan warna kayu kepada warna putih agar nampak lagi seperti Taj Mahal. Apa yang menggembirakan kami adalah pensyarah kursus kami menerima produk kami. Alhamdulillah.

Cadangannya produk ini dapat ketengahkan lagi untuk masyarakat,



Ini adalah produk kami








Kesimpulannya, 

dengan terlaksananya aktiviti bagi Kursus Tamadun  Islam dan Tamadun Asia ini, kami dapat mengetahui sejarah tamadun India dengan lebih mendalam dan juga kisah disebalik pembinaan Taj Mahal. Dapatlah disimpulkan bahawa dalam mengekalkan sejarah tamadun India mempunyai pelbagai dekorasi dan seni bina yang unik.



Cadangan Penambahbaikan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Bagi menambahbaik produk yang telah dihasilkan, kami memerlukan tapak yang lebih kukuh untuk menampung berat  produk tersebut. Selain itu, kami juga memerlukan warna untuk menjadikan produk tersebut lebih menarik. Seterusnya, bagi menonjolkan lagi produk Taj Mahal ini kami berhasrat menggunakan lampu LED sebagai satu alternatif untuk menceriakan produk tersebut.


Halangan Dan Cabaran Yang Kami Hadapi

HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI



Antara cabaran yang kami hadapi dalam melaksanakan projek ini ialah kami mengalami kesukaran kerana kami kurang mahir dalam membina produk 3D. Kami juga mempunyai kekangan masa dalam mengumpulkan bahan terpakai seperti ranting kayu. Ini kerana tempat tinggal kami adalah kolej Kediaman dan sukar untuk mendapatkan barang-barang terpakai. Selain itu, kekangan masa juga turut menjadi faktor dalam menyiapkan tugasan ini kerana tinggal berlainan blok. Seterusnya kesulitan yang kami alami dalam menyiapkan produk kerana kurang kemahiran seperti pertukangan untuk memotong ranting kayu dan juga penggunaan hot glue gun. 


Refleksi Ahli Kumpulan : Marni Fariza Binti Mohd Fauzi

MARNI FARIZA BINTI MOHD FAUZI A149987

             Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek Tamadun India  untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia ZZZT 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya kerana memberikan galakan dan sokongan tidak kira dari segi kewangan, masa dan tumpuan sepenuhnya kepada saya. Turut terlibat dalam menjayakan projek ini adalah pensyarah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran dan juga rakan – rakan yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan tugasan yang diberi.

              Untuk kursus ini, kami para pelajar diminta untuk menghasilkan satu produk beraspirasikan tamadun yang dipilih . Kumpulan saya, AffimiSix telah menghasilkan produk Taj Mahal Serbaguna iaitu hiasan meja, tempat menyimpan alat tulis dan juga sebagai tabung menyimpan duit. Idea untuk menghasilkan produk ini tercetus apabila kami memilih Tamadun India sebagai inspirasi produk kami. Tamadun India yang terkenal dengan kisah cinta Syah Jahan dan juga Mumtaz telah memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan suatu produk yang baru daripadanya. Taj Mahal yang terkenal dengan senibina yang unik dan juga menjadi mercu tanda cinta Syah Jahan dan Mumtaz telah kami ambil dan hasilkan Taj Mahal serbaguna yang menggunakan bahan terpakai. Kumpulan saya menggunakan teknik brain storming dimana setiap ahli kumpulan diminta untuk menyumbangkan idea untuk menghasilkan produk. Setelah itu, kumpulan saya menggunakan kaedah consensess iaitu mengambil keputusan secara majoriti. Selain itu, saya turut mencadangkan kepada kumpulan agar menggunakan kaedah undian (voting) untuk membuat keputusan.

              Pada mulanya, saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan barangan terpakai untuk menghasilkan produk baru, tetapi hasil daripada perbincangan dengan kumpulan masalah ini dapat diatasi dengan baik. Kekangan atau halangan yang sering menghimpit kami adalah kekangan masa tetapi hal ini dapat diatasi dengan cara mengadakan perjumpaan pada setiap minggu dan berbincang mengenai perkembangan projek. Sepanjang menyiapkan produk, terdapat beberapa masalah yang berlaku antaranya kekurangan bahan kitar semula dan kami perlu berbincang dengan semua ahli kumpulan, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimanapun, hasil perbincangan dan juga kerjasama daripada setiap ahli kumpulan, produk Taj Mahal Serbaguna dapat disiapkan mengikut tempoh yang diberi.

             Kami menggunakan barangan terpakai seperti ranting kayu, kotak tisu, botol air mineral terpakai, straw minuman, benang kait dan lain-lain. Ranting kayu kami jadikan sebagai senibina Taj Mahal serbaguna. Ianya unik kerana menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan produk. Secara amnya, produk yang dihasilkan adalah berunsurkan alam semulajadi dan tidak memerlukan modal yang banyak. Mempelajari tentang sesuatu tamadun adalah penting kerana dengan nya, manusia dapat mempelajari mahupun memperbaharui sesuatu tamadun itu. Hal ini keranasetiap tamadun ada kebaikan dan juga keburukannya. Kebaikannya ialah dapat mempelajari tentang senibina dan keunikan sesebuah tamadun. Keburukannya pula ialah kemusnahan sesebuah tamadun akibat daripada campur tangan daripada kuasa luar.


              Kesimpulannya, saya berharap agar projek seumpama ini perlu diteruskan agar para pelajar dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sesebuah tamadun. Selain itu, pada pendapat saya, produk yang dihasilkan juga boleh dipasarkan kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Produk – produk yang dihasilkan juga turut boleh dihasilkan sendiri oleh suri rumah tangga menggunakan barangan yang sering dibuang begitu sahaja. Selain itu, ia juga dapat menjana ekonomi apabila produk berjaya dipasarkan. Saya amat berharap agar projek seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa.


Refleksi Kumpulan: Nur; Amirah Binti Md Rowai

NUR' AMIRAH BINTI MD ROWAI  A150052

            Subjek ZZZT2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang telah saya pelajari pada semester ini banyak memberi dan juga menambah pengetahuan saya tentang ketamadunan daripada peringkat awal tamadun hingga sekarang. Tamadun yang dahulunya telah berkembang hingga ke hari ini. Pada pembahagian bab untuk pembetangan, kumpulan saya mendapat tajuk dari tamadun India. Saya bersama-sama ahli kumpulan memahami, mencari maklumat dan membuat perbincangan untuk tugas pembentangan bab kumpulan saya iaitu tamadun India. Semasa pembentangan saya dapat berkongsi maklumat yang saya cari dan baca kepada pelajar kelas TITAS yang lain. Selepas pembentangan bab kumpulan saya, sesi soal jawab dengan pensyarah dan rakan sekelas yang lain semasa sesi soal jawab memerlukan persediaan untuk jawapan yang akan di jawab selepas di tanya. Pembentangan bab itu juga dapat berkongsi pendapat dan juga menambah pengetahuan tentang setiap bab yang di bentangkan oleh ahli kumpulan yang lain.

            Pembangunan diri yang saya perolehi ialah keyakinan komunikasi semasa pembentangan bab dan juga sesi soal jawab memerlukan keyakinan untuk menjawab. Selain itu, nilai kerjasama dalam ahli kumpulan bersama-sama menyiapkan tugasan yang diberikan dan juga projek produk.

            Selepas menyiapkan tugasan projek produk berinspirasikan daripada tamadun India iaitu Taj Mahal Serbaguna saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang sejarah tamadun Taj Mahal dan juga dapat menambah kemahiran dan kreativiti saya dalam membuat produk dengan menggunakan barangan terbuang atau terpakai.

            Kesimpulannya, dari subjek TITAS yang telah saya pelajari ia memerlukan banyak pembacaan dan juga carian maklumat tentang sejarah tamadun untuk saya mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang tamadun dunia. Di dalam kuliah juga saya dapat menambah pengetahuan dengan perbincangan dengan pensyarah dan rakan sekelas yang lain tentang isu-isu semasa dan kaitan dengan tamadun.

Sekian, Terima Kasih.



Refleksi Ahli Kumpulan: Norfazilah Binti Abd Halim

Norfazilah Binti Abd Halim       A 147789


Assalamualaikum w.b.t. Setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya projek Taj Mahal  untuk Kursus Tamadun Islam Tamadun Asia ZZZT 2163 dapat juga diselesaikan dengan jayanya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya dan pensyarah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Pada pendapat saya, produk tabung serbaguna Taj Mahal ini merupakan suatu produk baru yang mempunyai potensi pemasaran yang baik jika dipasarkan. Ini kerana, selain dapat belajar tentang senibina Taj Mahal yang terkenal tentang kisah cinta Mumtaz dan Syah Jahan, sikap suka menabung juga turut dapat diaplikasikan.

Untuk kursus ini, kami para pelajar diminta untuk menghasilkan produk baru beraspirasikan tamadun yang dipilih . Saya menganggotai kumpulan AffimiSix dan kumpulan saya telah menghasilkan produk Taj Mahal Serbaguna iaitu hiasan meja, tempat menyimpan alat tulis dan juga sebagai tabung menyimpan duit. Pada pandangan saya, pembelajaran subjek Tamadun Islam Tamadun Asia ini perlu kerana dengan mempelajarinya, pelajar dapat mendalami ilmu tentang sesuatu tamadun secara interaktif. Hal ini kerana, selain melalui pembacaan, pelajar turut mengaplikasikan ilmu sesebuah tamadun itu melalui penghasilan produk. Ini merupakan salah satu teknik pembelajaran yang baik kerana pelajar dapat membayangkan dan juga merasai sendiri kewujudan tamadun tersebut.

Pensyarah bagi subjek ini adalah Pn. Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Beliau merupakan pensyarah yang berpengetahuan luas tentang subjek ini. Hal ini kerana, setiap penerangan tentang sesuatu topik yang dibincangkan diterangkan secara terperinci beserta contoh yang mudah dipahami oleh setiap pelajar. Sikap mesra pelajar juga merupakan salah satu contoh yang baik yang ada pada Pn Fatin. Beliau turut membantu menyumbang buah fikiran kepada pelajar yang mempunyai masalah dalam penghasilan produk.

Selain itu, keterlibatan rakan-rakan turut tidak dilupakan. Hal ini kerana, tanpa kerjasama dari rakan-rakan sekumpulan, produk tabung serbaguna ini tidak mungkin dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Kami semua mengembleng tenaga bagi menyiapkan produk ini. Perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan bahan-bahan, strategi pembuatan mahupun kaedah serta perlaksanaan pembuatan produk turut dibincangkan. Kerjasama dalam setiap kumpulan itu penting bagi memastikan produk yang dihasilkan itu berkualiti dan juga dapat dihasilkan dengan sempurna.


Refleksi Ahli Kumpulan : Nurhafizah binti Husaini

NURHAFIZAH BINTI HUSAINI     A 148531


Bismillairohmanirahim.

           Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya maka saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh saya dan rakan saya seramai enam orang ahli kumpulan kesemuanya iaitu saya Nurhafizah binti Husaini ,Nur Amirah binti Md Rowai, Asma Amira binti Ahmad, Nurasyikin binti Shahril, Marni Fariza binti Mohd Fauzi dan Nur Fazilah binti Abd Halim. Kami amat bebesar hati kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Tajuk tugasan saya ialah Taj Mahal serbaguna. Kami memberi nama Taj Mahal serbaguna kerana kami ingin menerapkan nilai murni dalam diri manyarakat. Iaitu fungsi produk kami ialah menabung dan meletakkan alat tulis.

          Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Pn Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran kerana memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang menyiapkan tugasan ini. 
Tugasan menghasilkan produk berinspirasikan tamadun ini diberikan kepada kami pada April yang lalu di mana pensyarah memberi tugasan memilih produk yang menonjolkan tentang tamadun yang dipilih. Setelah berbincang dengan dengan ahli kumpulan, Kami memilih taj mahal sebagai inspirasi tamadun india. Kami memilih tajuk Taj Mahal serbaguna sebagai nama produk kami.

         Setinggi-tinggi kesyukuran kerana kami dipertemukan dengan penyarah yang berinovatif bagi kursus TITAS adalah Pn Hazwani @ Hasidah binti Siran. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang kursus ini. Beliau dapat memberikan penerangan dengan terperinci dan mudah fahami tentang sejarah tamadun. Selain itu, beliau juga sentiasa mengaitkan budaya terkini dan juga sentiasa memberikan contoh yang mudah difahami oleh pelajar tentang tamadun. Bukan itu sahaja, malahan sikap beliau yang mesra dengan pelajar dan juga memberi pelbagai idea membuatkan saya tertarik dengan pembelajaran yang diberi oleh beliau. 


            Pada pendapat saya, produk ini sememangnya mencabar tetapi kami bersyukur kerana banyak maklumat yang dapat kami peroleh mengenai produk ini.  Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai reka bentuk Taj Mahal.  Kami perlu mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam produk kami. Tambahan pula kami tidak mempunyai asas dalam penghasilan produk ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga,saya telah mengesan kekuatan dan kelemahan diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah kerjasama saya dengan rakan setugas kali ini sangat berkesan dimana kami saling memahami komitmen masing-masing dari segi mencari masa untuk bekerja sama-sama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen dan tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa kerana kami menginap di kolej yang sama.

            Akhir kata daripada saya, saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan kerana disamping memenuhi pemarkahan kerja kursus saya, saya juga mendapat banyak maklumat dan manfaat daripada tajuk yang saya dan rakan saya jalankan pada kali ini. Ternyata ia amat berbaloi pada saya walaupun penat lelah menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita kerana untuk berjaya didunia dan diakhirat.

Sekian, terima kasih


Refleksi Ahli Kumpulan : ASMA AMIRA BINTI AHMAD

ASMA AMIRA BINTI AHMAD    A150079

        Setiap  tarnadun  yang  pemah  wujud  mempunyai  keistimewaan  dan  ciri-ciri  tersendiri  dalam  memastikan   kelangsungan  dan perkembangannya.  Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam  menerima sebarang  perubahan dan pengaruh  tamadun  lain.

         Sesungguhnya wujud  saling  hubungan  atau  interaksi  antara  tamadun  sama  ada di  peringkat  perkongsian  nilai, pemikiran,  institusi  dan  keinsanan  yang berlaku  sepanjang  sejarah. Ini menerangkan bahawa suatu tamadun itu memerlukan tamadun lain untuk mempertingkatkan kemajuan sesuatu tamadun itu.

          Sepanjang  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran,  pensyarah  banyak  memberi menggunakan  fakta – fakta yang  mudah  untuk  kami  pahami. Selain itu, pensyarah juga memberikan  contoh-  contoh  yang  berkaitan dengan  isu  semasa. Tambahan lagi, rakan-rakan sekelas  sering  membantu  kami  dalam  memahami topic-topik berkaitan.

          Didalam kursus ini, kami diminta untuk menghasilkan satu produk yang bertemakan ketamadunan.Produk yang dihasilkan mestilah terdiri daripada bahan-bahan terpakai. Kami memilih untuk membina satu replika Taj Mahal.Replika ini dihasilkan daripada baranng-barang terpakai seperti kotak tisu, ranting dan straw minuman.

        Tambahan pula, replika ini mempunyai pelbagai fungsi antaranya hiasan meja, tabung untuk menyimpan duit dan juga tempat untuk menyimpan alat tulis. Kumpulan sasaran kami adalah suri rumah dan pekerja.


         Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih memahami apa itu ketamadunan dan kesannya kepada kemajuaan sesuatu masyarakat.


Refleksi Ahli Kumpulan: Nurasyikin Binti Shahril

Nurasyikin  Binti  Shahril A149679

            Didalam  kursus  ini,  kami diberi tugasan  menghasilkan suatu  produk  yang bertemakan  ketamadunan. Kami memilih untuk membina satu  replika  Taj Mahal yang beraspirasikan  keunggulan pertembungan seni bina India dan Islam. Replika ini dibina daripada barang-barang  kitar semula yang senang didapati di rumah kita. Replika Taj Mahal kami ini mempunyai pelbgai fungsi iaitu sebagai tabung, tempat simpan alat tulis dan hiasan meja.

            Setelah  membincangkan  pelbagai  bab yang terdapat dapat  kursus  Tamadun  Islam  dan  Tamadun  Asia(TITAS)  secara  kesimpulannya,  setiap  tarnadun  yang  pemah  wujud  mempunyai  keistimewaan  dan  ciri-ciri  tersendiri  dalam  memastikan   kelangsungan  dan perkembangannya.  Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam  menerima sebarang  perubahan dan pengaruh  tamadun  lain.

            Semasa  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  kursus  ini,  pensyarah  banyak  memberi tunjuk  ajar  kepada  kami  berkaitan dengan topik - topik yang  kurang  kami  pahami. Pensyarah akan  menggunakan  fakta – fakta yang  mudah  untuk  kami  pahami. Selain itu, pensyarah juga memberikan  contoh-  contoh  yang  berkaitan dengan  isu  semasa. Tambahan lagi, rakan-rakan sekelas  sering  membantu  kami  dalam  memahami topic-topik berkaitan

           Akhir sekali, saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan  tamadun agama saya sendiri.  Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam  sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam  meneliti dan  membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. kemunculan  dan  kejatuhan  sesuatu  tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan negara dan agama kita.


Refleksi Kumpulan

Tamadun atau peradapan merupakan suatu disiplin ilmu yang penting kepada semua pihak kerana semua aktiviti kehidupan manusia adalah suatu proses membina dan memperkasakan tamadun. Perkataan tamadun digunakan untuk menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

Antara salah satu tamadun dunia ialah  Tamadun India. Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini sudah berusia lebih daripada 5000 tahun. Terdapat banyak tinggalan tamadun ini berada di sekitar sungai Indus dan dua tempat yang paling popular di situ adalah Harappa dan Mohenjodaro.

Hasil daripada penemuan tersebut, ahli sejarah bersependapat bahawa tamadun India bermula di sekitar tahun 2500-1800 SM dan dikenali dengan kebudayaan Harappa. Terdapat banyak sumbangan dan pencapaian tamadun India dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah bidang kesenian. Dalam aspek  kesenian dapat dilihat sekurang-kurangnya menerusi empat cabang seni iaitu seni halus, seni bina, seni ukir dan seni lukis.

Didalam subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS), kami diberi tugasan untuk menghasilkan satu produk yang bertemakan ketamadunan. Bagi penghasilan produk ini, kumpulan kami telah memilih tamadun India sebagai aspirasi kami kerana pencapaiannya yang gemilang dalam seni bina sekitar 2600 SM.

India telah banyak melahirkan seni bina dan kebudayaan yang agung ketika zaman dinasti Maurya. Seni binanya melambangkan ketinggian kemahiran dan kehalusan pertukangan batu, di samping menggambarkan interaksi antara Tamadun India dan tamadun lain. Seni bina di India merupakan campuran seni bina India (Hindu) dan seni bina Parsi (Islam).

Seni bina India banyak dipengaruhi ciri seni bina Arab dan Parsi. Salah satu binaan teragung yang mempunyai ukiran seni bina Islam ialah Taj Mahal yang terletak di Agra. Taj Mahal adalah bukti kecemerlangan seni bina Islam yang diiktiraf dunia hingga ke hari ini.

Sehubungan dengan itu, kumpulan kami sebulat suara telah memilih untuk membina satu replika Taj Mahal untuk dijadikan hiasan meja. Replika ini bukan sahaja boleh dijadikan hiasan meja tetapi juga boleh dijadikan tabung untuk kanak-kanak dan juga tempat untuk meletakkan alatan tulis.


Kami memilih Taj Mahal kerana seni binanya yang agung. Seperti yang kita tahu, Taj Mahal merupakan lambang percintaan Raja Mughal Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal yang dibina pada tahun 1632. Selain itu, Taj Mahal juga mempunyai ukiran seni bina Islam. Dimana ia menjadi bukti kecemerlangan seni bina Islam yang diiktiraf dunia.


Friday, 22 May 2015

Latar Belakang Produk dan Objektif Produk Kami

Assalamualaikum. w.b.t

Berdasarkan warkah yang telah ditulis, produk yang kami gunakan ini adalah berdasarkan bahan buangan. Kami mencuba untuk mendapatkan modal yang tidak tinggi.


LATAR BELAKANG PRODUK

Produk yang dihasilkan ialah Taj Mahal serbaguna. Penghasilan produk ini dengan menggunakan barang terpakai iaitu kotak tisu dan ranting kayu sebagai hiasan luaran dan juga menggunakan botol sebagai tiang dan kubah. Selepas melakukan beberapa pemerhatian produk yang dihasilkan adalah inspirasi daripada seni bina Taj Mahal dan tabung serbaguna sebagai kegunaan masyarakat Malaysia.




OBJEKTIF

Antara objektif kami membuat produk ini ialah:

  •     Mengenal pasti kreativiti dan ketamadunan dalam projek yang dihasilkan.
  •     Menonjolkan kreativiti ahli kumpulan dalam menghasilkan produk dengan menggunakan barang terpakai.     
  •     Menghasilkan produk yang mengekalkan penggunaan seni bina pada tamadun India iaitu Taj Mahal.




Tuesday, 19 May 2015

Pembahagian Tugas

Assalamualaikum w.b.t

Kami telah membahagikan kepada beberapa tugasan kepada ahli kumpulan kami.

Fasa 1: Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan



AHLI PERLAKSANA
TUGASAN
Asma Amira Binti Ahmad
Marni Fariza Bint Mohd Fauzi
Mengumpul ranting kayu
Melakar projek
Nurhafizah Binti Husaini
Membangun dan mengemaskini blog sepanjang proses penghasilan produk
Nur ‘Amirah Binti Md Rowai
Membuat poster
Norfazilah Binti Abd Halim
Menyediakan bahan produk
Nurasyikin Binti Shahril
Membuat refleksi produk

Walaupun kami membuat jadual pembahagian, sifat kerjasama saling bantu membantu amat diutamakan. Kami berusaha menyiapkan sebaik mungkin.

Monday, 18 May 2015

Langkah demi langkah untuk menyiapkan

Assalamualakum. w.b.t.

Hari ini kami berkumpul untuk menyiapkan proses yang seterusnya. Ini kerana kami kesuntukan masa sambil menghitung hari untuk membentangkan produk kami pada 19 Mei 2015.

Kotak yang telah dibalut dengan kertas putih, kami menampalkan ranting. Susunan ranting perlu diambil berat untuk mendapatkan kekemasan pada badan bangunan Taj Mahal.



Rajah selepas siap dibalut dengan kertas putih



Rajah dalam proses menampal ranting kayu pada produk

Setelah itu, kami menyambung pada proses yang lain iaitu membuat tiang Taj Mahal. 
Kami membuat 4 tiang. Kami menggunakan 4 botol air kecil, benang untuk dibalut pada atas botol dan juga ranting kayu disekeliling botol. 



Dalam menyiapkan 4 tiang ini. Kami mengalami beberapa cabaran. Antaranya ialah, cabaran untuk melilit benang pada atas botol. Kurangnya kemahiran yang membuatkan kami perlu melilit benang pada botol banyak kali dan juga perlu berhati-hati agar benang tersebut tidak kotor. Benang kami gunakan berwarna putih, Kami lakukan banyak berulang kali untuk melilit dan mendapatkan hasil yang cantik. 

Selain itu, cabaran yang kami tempuhi adalah ranting kayu yang tidak mencukupi. Pada pengetahuan anda, kami menyiapkan produk ini pada waktu malam. Antara ahli kumpulan kami mencari ranting kayu pada tengah malam. Proses ranting kayu dilakukan berulang sama seperti saya katakan sebelum ini. Kesabaran yang amat tinggi diperlukan untuk menyiapkan produk ini. 

Pada botol ini, kami perlu memotong bahagian tengah botol. Kami jadikan tiang ini berfungsi sebagai tempat meletakkan alat tulis. Kami lekatkan zip pada 4 botol. 



Kami membuat kubah daripada botol besar. Kami hanya mengambil atas botol sahaja untuk dijadikan kubah, Ketelitian untuk membalut amat mencabark kami. Seingat saya ketika ini jam 2 pagi. 


Tampalan dilakukan setelah kesemua botol siap dilakukan. Kami menampal dengan menggunakan 'hot glue gun'.


Gambar dari atas



Fungsi banguanan Taj Mahal adalah menabung. lubang dibuat terlebih dahulu pada penutup botol. 
Empat tiang berfungsi sebagai tempat letak alat tulis.


Salah satu contoh fungsi tiang bangunan.


Alhamdulillah dapat menyiapkan tugasan. Terima kasih kepada ahli kumpulan kami atas kesabaran dalam menyiapkan tugasan ini, Seterusnya kami tumpukan pada report kami dan juga hari pembentangan. 















Wednesday, 13 May 2015

Sasaran Kami

Assalamualaikum w.b.t

Dalam bagi produk Taj Mahal serbaguna ini, kami mensasarkan kepada keluarga dan juga sekolah. Ini kerana, fungsi produk kami ialah menabung dan juga tempat simpanan alat tulis.
Amalan menabung dapat diterapkan pada pelajar dan anak-anak. Disamping itu, dapat melahirkan kreativiti diri pelajar,

Berikut adalah sasaran skop bagi pengguna produk yang akan dihasilkan:


  • Keluarga
Sasaran kami adalah kepada suri rumah, produk ini dapat dijadikan sebagai tempat hiasan meja. Selain itu, fungsi yang lain ialah sebagai tempat menyimpan duit atau menabung dan juga tempat letak alat tulis.


  • Sekolah
Guru- guru juga dapat menerapkan nilai kreativiti kepada pelajar tentang pembuatan produk ini disamping mendalami tentang sejarah ketamaduanan.

Sunday, 10 May 2015

Proses Seterusnya Taj Mahal.

Assalamualaikum w.b.t

Jika semalam kami menyiapkan dalam penyediaan bahan iaitu ranting, manakala hari ini kami menyediakan tapak untuk kami dirikan Taj Mahal kami.  Idea saling bertukar-tukar sehingga kami memilih idea menggunakan straw miniuman yang telah dikumpul untuk dijadikan sebagai tapak.


Straw yang dipilih perlu dilekatkan pada 'mounting board'. Cabaran yang kami terima disini ialah kami perlu berhati hati dengan penggunaan ' hot glue gun' . terdapat ahli kami yang mengalami kecederaan dalam menggunakan 'hot glue gun' ini. 



Selain itu, ahli kumpulan yang lain membuat badan bangunan pada Taj Mahal. Kami mengunakan kotak tisu yang telah terpakai. Kami menggunakan tiga kotak tisu. Pemotongan perlu berhati- hati. agar tidak silap memotong. 


Pemilihan kotak tisu, sama saiz memudahkan gabungan antara kotak tisu.


Pemotongan atas dan bawah kotak tisu. Lekatkan antara satu sama lain. Dilakukan 2 orang ahli. Kekemasan perlu dititik beratkan agar penghasilan seterusnya dapat berjalan dengan lancar. kotak tisu sebagai bangunan Taj Mahal.


Ini adalah hasil gabungan kotak tisu tadi.  

Setelah itu, melihat kembali pada lakaran, kami memotong bahagian tengah kotak untuk diletakkan kubah. Kubah kami menggunakan botol besar. 
Seperti dalam gambar. 


Setelah itu, Taj Mahal mempunyai pintu disekeliling bangunan Taj Mahal. Kami memotong tepi kotak dijadikan sebagai pintu Taj Mahal. Kami gantikan pintu dengan menggunkan kertas warna glitter silver agar nampak lebih menarik. 







Untuk dalam kotak, kami menggunakan straw sebagai penghadang belakang pintu. Ketelitian amat penting, kerana kami menggunakan penggunaan hot glue gun. Cabaran kami ialah kami sukar untuk melekatkan straw ditempat yang sesuai dengan pintu. Ini kerana kami ini pintu itu berfungsi sebagai 'slider'. 


Ini adalah hasil setelah siap dilakukan..



Balut kotak menggunakan kertas putih A4 bagi menutupi corak gambar kotak tisu. Ia untuk memudahkan tampalan ranting dilakukan dengan lebih kemas. 

Kami meneruskan tampalan ranting pada hari akan datang. Kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan keseluruhan produk kami.

InsyaAllah kami akan menyiapkan produk kami tepat pada masanya.
Sekian. 




Saturday, 9 May 2015

Sejarah pilihan produk kami. (Taj Mahal)

Assalamualaikum. w.b.t

Sebelum memilih dengan tepat produk Taj Mahal. Pencarian tentang asal usul produk ini perlu dilakukan agar tidak berulang masalah kesilapan memilih tamadun pada kami kali ini. Kami amat tertarik dengan seni binanya dan sejarah pembinaan Taj Mahal.



PENGENALAN


           Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Ia mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.

           Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja. Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi.


  Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

         Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89, Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48, Surah 77 dan Surah 39.

          Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab. n28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.